Assalamualaikum.
Bibir
juga adalah aset penting bagi seseorang wanita. Bibir mempunyai lapisan
yang nipis berbanding kulit muka. Oleh itu anda tidak harus mengabaikan
penjagaannya dan sentiasa dibersihkan.
Disini
terdapat beberapa panduan atau petua yang telah dikongsikan oleh
beberapa blogger untuk penjagaan bibir ini. Selamat mencuba.
.
Link
Penjagaan Bibir
Dari dulu kak has memang mempunyai
masalah bibir kering. Kering yang melampau hingga kulit bibir terkopek
dan kadang-kadang hingga berdarah. Kak has tahu ramai wanita di luar
sana mempunya masalah serupa dengan kak has.
Di sini kak has ingin berkongsi bagaimana kak has berjaya mengatasi masalah bibir kering setelah bertemu dengan Mary Kay.
Pertama
sekali, bibir haruslah dicuci bersih dengan make-up remover. Ini untuk
memastikan bibir bersih dari sisa-sisa gincu untuk hari itu. Jangan
gunakan pembersih wajah untuk mencuci mekap mata dan bibir anda. Kenapa?
Kulit di sekitar mata dan bibir lebih halus dari sekitar wajah yang
lain. Jadi, ia adalah kawasan yang paling cepat menampakkan usia kita.
Mary
Kay oil-free make-up remover adalah salah satu produk yang paling kak
has suka. Ia membersihkan mekap mata dan bibir dengan begitu mudah dan
tidak memedihkan mata. Tidak perlu tekanan yang kuat untuk membersihkan
kelopak mata dan bibir yang hanya akan menyebabkan kedutan. Ini adalah
produk pertama yang kak has miliki setelah diperkenalkan kepada Mary
Kay.
Kedua, gunakan masker bibir. Pernah dengar masker bibir?
Seingat kak has, hanya Mary Kay yang mempunyai produk sebegini. Fungsi
masker bibir ini adalah untuk menanggalkan sel-sel kulit bibir yang
telah mati. Hasilnya, bibir yang lebih merah semulajadi, lembut dan
licin.
Ketiga, sapukan lip balm pada bibir anda sebelum lipstik.
Dan akhir sekali, sapukan creme lipstik jika anda suka.
Mary
Kay Satin lips yang terdiri daripada lip mask dan lip balm. Lip mask
ini membuatkan bibir kak has lebih merah, licin dan lembut. Manakala lip
balm nya pula, memang lagi satu produk yang menjadi kemestian pada kak
has.
Ini
pula Mary Kay creme lipstik. Untuk bibir kering seperti bibir kak has,
pilihan lipstik memang agak terhad. Kalau dulu, kak has cuma boleh
menggunakan lipstik berjenama Christian Dior dan Bobbi Brown sahaja.
Tapi kini, lipstik pilihan kak has adalah Mary Kay creme lipstik. Kepada
wanita di luar sana yang mempunyai masalah bibir kering seperti kak
has, cubalah tips di atas ya. Insya'Allah berhasil.
Lihat entry seterusnya untuk panduan bibir yang lain.
0 comments:
Post a Comment