Assalamualaikum.
Siapa yang inginkan bibir menawan seperti pelakon dan penyanyi Korea??
Miliki bibir yang menawan seperti ini dengan Tony Moly lip tint. Lip tint ini tidak melekit dan tampak natural seperti tidak memakai apa-apa di bibir.
''Tony Tint contains jojoba oil that helps the tint absorb into the lip
quickly, helps regeneration of cells, and promotes moisturized skin and
elasticity''
Tony Moly lip tint menggunakan bahan semulajadi dan tidak berbahaya untuk bibir anda.
Malah ia membantu merawat bibir anda secara mendalam kerana lip tint ini mengandungi khasiat yang baik untuk kulit.
Minyak Jojoba: 1001 Khasiatnya
|
Jojoba Oil |
Simmondsia sinensis
atau lebih dikenali dengan nama Jojoba bukanlah satu bahan yang asing
dalam penghasilan produk-produk kecantikan dan penjagaan diri seperti
sabun, syampu mahupun produk kosmetik. Kini ia begitu popular terutama
minyaknya, namun sebenarnya masyarakat pribumi barat daya Amerika telah
terlebih dahulu menggunakan tumbuhan ini dalam kehidupan mereka.
Jojoba
merupakan pohon renek yang tumbuh secara semula jadi di kawasan gurun
Arizona, barat laut Mexico dan utara California. Maka tidak hairanlah
jika ia seringkali digunakan dalam kehidupan masyarakat Amerika
terutamanya masyarakat pribumi.
Pokok
jojoba ditanam bagi mendapatkan bijinya, ini kerana minyak jojoba
dihasilkan daripada biji-bijinya. Disebabkan masyarakat pribumi Amerika
sentiasa berada di kawasan gurun yang panas terik, dikatakan masyarakat
pribumi ini menggunakan minyak jojoba untuk melindungi kulit dan rambut mereka daripada kepanasan matahari.
Bagi
menghasilkan minyak jojoba, biji-bijinya perlu dihancurkan terlebih
dahulu. Minyak jojoba biasanya digunakan sebagai aromaterapi untuk
minyak pati. Minyak ini juga mengandungi pelbagai zat penting iaitu
seperti vitamin E, vitamin B kompleks dan silikon mineral, kromium, tembaga dan zink.
Minyak jojoba dikatakan mengandungi bahan antimikrob. Ini bermakna secara tidak langsung ia tidak menggalakkan pembesaran beberapa jenis bakteria dan kulat yang menyerang kulit. Ia juga berupaya melindungi kulit daripada menjadi terlalu berminyak dan dikatakan mampu merawat jerawat dengan cara mengurangkan penghasilan sebum dan melindungi kulit daripada bakteria berbahaya selain amat efektif untuk melembut, melembap dan menghaluskan kulit.
0 comments:
Post a Comment