Sunday 21 October 2012

Panduan Penjagaan Bibir 1

Assalamualaikum.

Bibir juga adalah aset penting bagi seseorang wanita. Bibir mempunyai lapisan yang nipis berbanding kulit muka. Oleh itu anda tidak harus mengabaikan penjagaannya dan sentiasa dibersihkan.

Disini terdapat beberapa panduan atau petua yang telah dikongsikan oleh beberapa blogger untuk penjagaan bibir ini. Selamat mencuba.

Petua Penjagaan Bibir Wanita

Bibir anda mempunyai lapisan kulit yang paling nipis iaitu hanya 3 hingga 5 lapisan, sedangkan bahagian kulit lain mempunyai sehingga 16 lapisan. Bibir juga tidak mempunyai sebarang bulu, mahupun kelenjar peluh dan juga kelenjar sebum yang menghasilkan sebum yang baik untuk melembapkan kulit. Kerana itulah bibir adalah bahagian yang paling cepat kering, paling sensitif, dan paling mudah 'berumur' berbanding bahagian lain pada wajah anda

Waktu Siang

Tabiat menyapu pelembab bibir setiap kali keluar rumah mungkin mudah bagi anda, tetapi sebenarnya ini adalah asas yang paling penting dalam rutin penjagaan bibir. Pastikan bibir anda tidak basah supaya pelembab bibir boleh diaplikasikan dengan sempurna pada bibir, atau bibir yg kering dan merekah akan jadi lebih teruk. Sapulah pelembab bibir yg mengandungi SPF untuk melindungi bibir dari kesan cahaya matahari.

Waktu Malam

Sebelum tidur, kesat semua kesan gincu bbir dengan “gentle make-up remover”, kemudian ambil kain lembut yang sudah dilembabkan, dan gosok dengan perlahan di permukaan bibir. Ia dapat menanggalkan semua sel-sel mati di permukaan bibir. Gosok sehingga bibir terasa lembut dan licin. Sapukan nipis-nipis produk rawatan bibir atau serum bibir dan biarkan semalaman. Link
 
Sila lihat next entry untuk panduan bibir yang lain.

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates